BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

My Blog List

Friday, October 29, 2010

CAmsTuDiO

CAMSTUDIO adalah satu software yang digunakan bagi menerangkan sesuatu kandungan pelajaran dengan bantuan video yang dapat menunjukkan dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan pada 
masa yang sama. melalui tugasan ini juga saya dapat mempelajari tentang kegunakan butang "PrtSc SysRq"iaitu print screen yang terdapat pada keyboard laptop saya yang selama ini saya tidak menyedari tentang kegunaannya. butang ini digunakan untuk menangkap gambar tentang apa yang berlaku di skrin laptop seperti camstudio yang dapat merakam setiap apa yang berlaku sepanjang kita merekodkan setiap kerja tersebut. langkah-langkah untuk menggunakan butang tersebut ialah :
1. buka mana-mana satu webpage yang kita suka
2. klik
3.buka microsoft words
4. klik kanan klik

pastu siap hehehehe....

SMarT SChoOL

SMART SCHOOL ialah satu sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendekatan yang lebih kepada pelajar-pelajarnya tentang 
kepentingan ICT dalam proses pembelajaran. Tugasan ini telah membuka minda saya tentang kewujudan sekolah ini yang mana saya tidak menyedari tentang kewujudan dan fungsinya kepada 
kemajuan negara dalam melahirkan lebih ramai generasi yang celik ICT dan bijak pandai. Sekolah ini merupakan  inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan di Malaysia

POweR POinT - alat bantu belajar

Power Point ini memudahkan proses bagi menyampaikan ilmu dan kuliah berkaitan sesuatu topik yang hendak diajar. Ia tidak membosankan kerana kita boleh selitkan video, lagu atau gambar-gambar yang menarik yang berkaitan dengan topik tersebut. Ia juga dapat memberi gambaran yang lebih terperinci dan mudah difahami. Tugasan ini telah membantu saya ke arah persediaan kepada kaedah mengajar yang bakal saya tempuh pada masa yang akan datang.

Thursday, October 28, 2010

SImuLAtiON

simulation adalah satu software yang digunakan untuk mempermudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia mampu menarik perhatian pelajar untuk terus memberi perhatian kepada subjek yang diajar oleh guru. Hal ini kerana 'simulation' ialah satu pendekatan yang lebih moden,mudah dan menarik.Saya berasa sangat seronok mempelajari software ini kerana ia menarik dan mudah difahami.

Wednesday, October 27, 2010

koPI OH KOpi.....;D

10 Fakta Tentang Kopi Yang Anda Perlu Tahu



kopi
Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.
            1.     Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi. 
2.   Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.
3.   Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!
4.   Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.
5.   Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.
6.   Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.
7.   Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.
8.   Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar
9.   Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya
10.  Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!
11.  Harga secawan kopi lebih mahal dari harga satu liter petrol

GPS : Teknologi Penting Masa Kini

GPS : Teknologi Penting Masa Kini


 
 
Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Mardina Abdullah
 
 
Secara global sistem yang digunakan untuk menentukan sesuatu tempat dikenali sebagai Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS). Sistem ini baru sahaja diperkenalkan pada abad ke 21. Ia mula diperkenalkan dengan kewujudan sistem navigasi yang dibina di beberapa negara di dunia. Walaupun beberapa sistem navigasi telah siap dan ada juga yang masih dalam pembinaan, satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi sepenuhnya di dunia ialah Sistem Penentududukan Global (GPS). GPS diperkenalkan oleh jabatan pertahanan Amerika. Ia juga dikenali dengan nama rasminya NAVSTAR-GPS.
 
Secara nominal, GPS terdiri daripada 24 satelit yang dilancarkan secara berperingkat bermula dari tahun 1978. GPS hanya beroperasi sepenuhnya pada tahun 1995. Sehingga kini ia mempunyai lebih 30 satelit di angkasa. Pada awalnya GPS dibina untuk tujuan ketenteraan tetapi selepas tahun 1983, ia dibuka unutk kegunaan awam. Ia hanya berlaku selepas kapalterbang Korea yang membawa penumpang awam telah ditembak oleh Kesatuan Soviet (sekarang telah terpecah kepada negara Russia dan lain-lain). Kapal terbang tersebut tanpa disedari telah tersasar memasuki ruang angkasa negara mereka ( ketika Amerika menghadapi Perang Dingin dengan Soviet)
 
Satelit GPS
 
Satelit-satelit GPS mengorbit bumi pada ketinggian 20000 kilometer dengan sudut dongak sebanyak 55 darjah dari satah Khatulistiwa dan mencatatkan tempoh selama 12 jam untuk satu pusingan orbit lengkap. Ini bermakna dalam satu hari, satelit yang sama mengorbit bumi sebanyak dua kali. Dengan kata lain, secara umumnya kita boleh melihat satelit yang sama di angkasa sebanyak dua kali sehari. Terdapat enam gugusan satelit yang mengorbit bumi, yang setiap satunya mempunyai empat satelit. Setiap satelit dibina dengan jangkahayat di angkasa selama lebih 10 tahun. Satelit ini mendapat bekalan tenaga elektrik dari panel suria yang dipasang pada badan atau sayap satelit. Satelit yang baharu akan dilancarkan ke orbit dari semasa ke semasa bagi menggantikan satelit yang lama. GPS beroperasi di bawah kawalan Department of Defence (DoD) yang mempunyai pusat kawalan di Amerika Syarikat. Satelit ini menghantar isyarat kepada pengguna untuk menentukan kedudukan dan masa di mana-mana sahaja mereka berada. Isyarat juga boleh diterima dalam apa jua keadaan cuaca tanpa batasan kecuali isyarat tersebut dimatikan oleh kerajaan Amerika.
 
 
Gambar : Satelit GPS
 
Apakah isyarat yang digunakan
 
Satelit GPS merupakan satu sistem komunikasi satu hala bagi menghantar isyarat radio untuk kegunaan tentera dan orang awam. Sebaliknya pengguna tidak boleh menghantar isyarat ke satelit tersebut untuk berkomunikasi. Isyarat radio yang digunakan adalah dalam julat jalur UHF (ultra high frequency). Isyarat radio ini bertindak sebagai pembawa kepada isyarat maklumat yang akan diterima oleh alat penerima isyarat GPS yang dimiliki oleh pengguna. Isyarat maklumat yang dihantar adalah dalam bentuk digit. Ia terdiri dari kod rawak semu (pseudorandom code), data efermeris dan data almanak. Kod rawak semu ini merupakan identifikasi bagi satelit yang menghantar isyarat tersebut.
 
Data efemeris pula akan menyatakan kedudukan satelit berkenaan di orbit dan juga kedudukan satelit yang lainnya. Data almanak menyatakan status satelit (sihat atau tidak), memberikan maklumat tarikh dan masa. Ia juga memberikan data yang penting untuk menentukan kedudukan pengguna. Pengguna awam boleh menerima isyarat ini secara percuma dengan syarat kita mempunyai alat penerima GPS. Walaubagaimanapun alat penerima ini perlu dibeli dengan pelbagai harga mengikut kegunaan tertentu. Isyarat yang diterima oleh orang awam ini terlebih dahulu telah disulitkan oleh kerajaan Amerika dan tidaklah sejitu seperti isyarat yang digunakan oleh tentera Amerika dan sekutunya.Hal ini  demikian kerana tujuan utama GPS adalah untuk ketenteraan. Walaubagaimanapun dengan kaedah pemprosesan isyarat yang tertentu dan terkini, kejituan yang baik boleh dihasilkan oleh pengguna awam.
 
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu kejituan GPS. Isyarat GPS perlu merambat/bergerak melalui atmosfera seperti lapisan ionosfera dan troposfera menuju ke bumi. Keadaan semulajadi lapisan ini akan melambatkan isyarat tersebut untuk sampai ke bumi.Perisian dan kiraan tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lambatan ini. Isyarat GPS hanya boleh diterima di kawasan lapang dan bukan di dalam bangunan.
 
Isyarat yang diterima juga boleh terhalang oleh objek-objek seperti pokok, bangunan, bukit dan sebagainya. Isyarat yang terpantul oleh halangan ini ada juga yang boleh dikesan  oleh alat penerima GPS tetapi agak lemah. Kesan gangguan ini dikenali sebagai berbilang laluan (multipath). Ala penerima GPS yang biasanya menggunakan jam kuartza kurang jitu untuk segerak dengan isyarat GPS kerana jam GPS terdiri daripada jam atom. Gangguan ini dikenali sebagai ralat jam. Antara gangguan lain termasuklah ralat satelit, ralat alat penerima dan ralat dalam isyarat.
 
Kegunaan
 
Kebanyakan kita menggunakan GPS secara komersil untuk menentukan lokasi sesuatu tempat. Terdapat pelbagai jenis alat penerima isyarat satelit gps di pasaran untuk tujuan ini. Jenis yang popular digunakan untuk tujuan komersial antaranya termasuklah Garmin, Navman dan TomTom. Alat penerima ini boleh memberikan ketepatan kedudukan dalam lingkungan 10 meter dari kedudukan sebenar. Dengan gabungan peta digital dan GPS, pengguna boleh melihat kedudukan mereka pada peta tersebut sama ada dalam kedudukan statik ataupun bergerak. Kini perisian ini boleh didapati dalam telefon mudah alih seperti Nokia, Iphone, Blackberry dan juga alat Pembantu Digital Peribadi (Personal Digital Assistant, PDA) jenis hTC.
 
Persatuan Automobil Malaysia ( Automobile Assosiation of Malaysia, AAM) menggalakkan ahli-ahlinya memasang penjejak pintar (AAM smart tracker) untuk menjejak kenderaan yang dicuri. Penjejak pintar ini menggunakan GPS untuk mengesan lokasi kenderaan tersebut. Memandangkan banyaknya berlaku kemalangan jalanraya berpunca daripada bas yang dalam perjalanan jauh, maka kerajaan telah menyarankan agar pengusaha bas melengkapkan kenderaan penumpang tersebut dengan alat penerima GPS. Dengan itu pengusaha bas boleh memantau kelajuan bas yang dipandu serta kedudukan bas juga boleh diketahui. Satu ketika dahulu teksi di KLIA juga dilengkapkan dengan sistem GPS. Di Indonesia, teksi kepunyaan syarikat Blue Bird, misalnya dilengkapkan dengan sistem ini. Kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes juga telah siap dipasang dengan GPS.
 
Kanak-kanak boleh menggunakan jam tangan yang dilengkapi dengan alat penerima GPS seperti jenis Wherify. Dengan itu ibubapa atau penjaga boleh menjejak lokasi anak mereka sekiranya mereka sesat atau hilang. Untuk tujuan pemetaan dan ukur yang memerlukan bacaan yang lebih jitu dengan ketepatan kurang dari satu meter, alat penerima yang jauh lebih mahal digunakan seperti Trimble, Leica, Navtech dan sebagainya. Contohnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menggunakan alat penerima jenis Trimble untuk menentukan kedudukan untuk membina peta. Dalam ketenteraan, kedudukan yang jitu sangat diperlukan untuk pelancaran peluru berpandu bagi memastikan ia tidak tersasar ke tempat lain yang boleh membahayakan orang awam.
 
Rusia merupakan pemaju yang kedua penting dengan sistemnya yang diberi nama Sistem Navigasi Orbit Global (Global’naya Navigagatsionnaya Sputnikovaya Systema, GLONASS). Mereka telah mula beroperasi sejak tahun 1976. mereka juga telah melancarkan satelit ini untuk tujuan ketenteraan dan boleh digunakan oleh orang awam. Walaupun ia memberikan kejituan lebih baik daripada GPS tetapi isyarat yang dihantar agak tidak konsisten dan tidak dipantau dengan baik.
 
Baru-baru ini China juga telah melancarkan satelit navigasinya yang dikenali sebagai Beidou (Big Dipper). Menyedari kepentingan satelit navigasi ini dan untuk mengelakkan kebergantungan kepada satelit Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah telah mula melancarkan satelit navigasi mereka iaitu Galileo. Sistem satelit ini dibina dan dikendalikan oleh orang awam. India juga akan melancarkan satelitnya yang dikenali sebagi Sistem Satelit Navigasi Wilayah India ( Indian Regional Navigational Satellite System, IRNSS). Di samping itu GPS pula sekarang ini dalam fasa pemodenan untuk menambahbaik lagi perkhidmatan mereka untuk ketenteraan dan juga orang awam.
 

Rahsia Garam Laut Mati

Rahsia Garam Laut Mati


Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain. Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada. Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.
Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi S.W dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

THE ELEMENT - SONG ANIMATION

Falsafah Pendidikan Sains

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitatif, dinamik, tangkas dan bedaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

Yaya Chemist’s World

Thursday, September 30, 2010

my simple life

Name : Norhidayah Binti Zainol
Age : 21 years old.
D.O.B : 30 August 1989
P.O.B : Sungai Petani, Kedah 
Address : F 380 Kg. Padang Temusu, 08000 Sg. Petani, Kedah 
Hobbies: surfing internet, involved in adventure activities, traveling         
Previous education : SK Sri Gedong (SKSG)
                                       SMK Sungai Pasir  (SMKSP)
                                                 Perak Matriculation College (KMPk)
Courses : ISMP Chemistry ( major )
                                      Kemahiran Hidup ( minor )
Email : yaya_sp89@yahoo.com ( facebook, yahoo mail , fs & ym )

Sunday, August 8, 2010

misi & visi UPSI

Misi
Melaksanakan dan merealisasikan perancangan Universiti berasaskan prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan ISO 9000.


Visi
Pada tahun 2010 keseluruhan prasarana UPSI akan mencapai kecemerlangan, kecanggihan dan kebitaraan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.





Misi Kementerian Pendidikan
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi asirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.





Thursday, August 5, 2010